Maklumat Pensyarah

Dr. Gerard Bernard Sepati

A photo of Pastor Gerard

Pensyarah Fakulti Pengajian Agama Asia-Pacific International University, Thailand

Dr. Gerard Bernard Sepati merupakan salah seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Agama, Asia-Pacific International University, Thailand. Beliau telah terpanggil untuk melayani di ladang Tuhan selama lebih daripada 20 tahun dalam kapasitinya sebagai pendeta gereja tempatan di Seremban, Negeri Sembilan; Hospital Adventist Penang; Ramkamhaeng, Bangkok; dan seterusnya pensyarah di Asia-Pacific International University.

Dr. Gerard berasal dari Kota Marudu, Sabah, Malaysia dan mendapat pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Advent Goshen. Beliau telah melanjutkan pengajiannya di peringkat Sarjana Muda di Mission College, Thailand pada tahun 2005 (sekarang Asia-Pacific International University) dalam jurusan Pengajian Kristian. Beliau juga telah meneruskan pengajiannya di peringkat Sarjana dalam jurusan Pelayanan Kristian melalui program Griggs University yang ditawarkan melalui Asia-Pacific International University pada tahun 2012. Dr. Gerard telah menamatkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah dalam jurusan Pengajian Alkitab yang mengkhusus kepada Perjanjian Baru di South African Theological Seminary pada tahun 2020.

Dr. Gerard diberkati dengan seorang isteri, Puan Susana Apan yang berasal dari Serian, Sarawak dan pasangan ini dikaruniakan dengan seorang anak lelaki bernama Ezekiel.