Melayu

Selamat Datang!

Adakah anda sering berasa putus asa dan tidak berdaya? Terutama ketika kita sedang menghadapi pelbagai bentuk kesukaran serta permasalahan hidup? Sahabat semua, kita sedang hidup pada masa-masa terakhir sejarah bumi ini. Kita sedang memerhatikan dan mengalami sendiri segala ketidakpastian yang terjadi di dunia ini! Kita memerlukan harapan dan jawapan untuk membantu menyelesaikan masalah kehidupan kita. Dan saya tahu kita dapat menemukannya di dalam firman Tuhan.

Saya ingin menjemput anda semua untuk memulakan kembara pencarian bersama kami. Pencarian Pengharapan di dunia yang tiada pengharapan dan tidak berdaya ini! Sertailah kami secara langsung di laman Facebook Hope Channel Asia Tenggara bermula pada hari Ahad, 28 Mac hingga Sabtu 3 April bermula jam 7.30 malam. Jangan ketinggalan dan temuilah satu penemuan yang akan mengubah hidup anda melalui firman Tuhan!

Topik Khutbah

1) "Aku Bukan Mesias" 

2) "AKU-lah DIA"

3) "AKU-lah Kebangkitan dan Hidup"

4) "AKU-lah Jalan dan Kebenaran dan Hidup"

5) "Aku Percaya, Tuhan"

6) "Aku Telah Melihat Tuhan"

7) "Aku Yakin . . ."